Sekeping hati itu,
Dibawa jauh,
Jauh daripada manusia yang aku kenal,
bersendiri ke ibu kota.
Penuh sesak dengan gelagat manusia,
Masa untuk memikir urusan diri.
Usah terlalu mengharap
Bimbang bakal terluka lagi,,
Luka itu,
Sakit,
Pedih,
Perit.
Menusuk ke ruang paling dalam,
Lantas ingin kubawa kepingan hati ini pergi jauh,
Kali ini sendirian lagi,
Lari dalam keliru,
Menangis dalam bisu,
Tubir mata berkaca,
Lantas bening tumpah tanpa sepatah bicara,
Masih dalam bisu.
Ingin aku berlari di bawah hujan,
Menangis bersama arakan awan,
Agar tiada terlihat lagi,
Lara pada wajah muram,
Cukup hujan bisa memahami,
Ada apa pada rasa hati.
Kubawa rajuk ke daerah damai,
Mahu berbicara dengan alam,
Pandai sungguh dia memujuk rasa,
Katanya tadi
“Sabarlah duhai sekeping hati. Manusia memang begitu. Dicipta dengan kelemahan. Usah kau tagih kesempurnaan seperti malaikat. Di hujung kau pasti kecewa. Belajarlah untuk menerima apa adanya. Belajarlah untuk tidak terlalu mengharap. Sabarlah duhai sekeping hati.. “
“Wahai insan yang punyai jiwa yang tenang, pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai di sisi Tuhanmu. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaku!” Terjemahan surah Al Fajru seolah kedengaran.
Seperti selalu,
Alam pendengar paling setia,
Pemujuk duka,
Dan,
Inilah epilog lara.
Marinah Mutalib,
26 April 2014,
7.07 am.
No comments:
Post a Comment