Search This Blog

Saturday, 8 November 2014

Cinta Abadi

 Mulut terkunci seakan terpana,
Hati rindu seakan jatuh cinta,
Wajah tersenyum seakan bulan jatuh ke riba,
Fikiran terbang jauh seakan segala galanya rahsia.

Aku tertanya lagi,
Inikah rasa nikmatnya dunia,
Tenang hati terang cahaya,
Ingin waktu dihentikan sahaja.

Ku rasa hanya aku dan Dia berbicara,
KalimahNya melekat di hati,
Ingin aku hayati lagi,
Akan kuberlari mencari cinta,
Cinta keramat pemilik Yang abadi.

Marinah Mutalib

8 Disember 2013

No comments:

Post a Comment