Search This Blog

Saturday, 20 September 2014

Cerita semalam

Malam semalam adalah hari yang sungguh penat bagi saya. Dua kali ulang alik turun dan mendaki tangga mahallah Nusaibah sudah menjadi rutin harian. Namun disebabkan kecederaan di kaki tempoh hari ketika waktu riadah hujung minggu lalu, pergerakan saya sedikit terbatas. Jalan sedikit terhincut-hincut dengan kadar kelajuan yang perlahan amat mengganggu saya kerana sudah menjadi kebiasaan berjalan laju.

Sudah banyak bebelan dan leteran daripada kawan-kawan agar berehat sahaja di kamar, balut kaki dengan bandage, pakai stoking waktu tidur, rendam kaki dengan air panas. Semuanya tips berguna dan amat hebat. Namun apakan daya, jika sudah degil untuk ikut nasihat, beginilah jadinya. Berjalan sejauh hati dari kuliyyah Aikol ke kuliyyah Education, mendaki 100 anak tangga untuk pulang ke Mahallah, tidur dengan kelajuan kipas yang paling maksima tanpa memakai stoking. Tadi terima ayat sentap daripada Kak Huda katanya "Jaga badan kita elok-elok. Kita nak guna lama lagi untuk ibadah. Ini pesan suami akak." T__T
Terima kasih atas nasihat itu. Nantikan perubahan kedegilan saya ya. :)

Mimpi abah lagi T__T


Lewat malam tadi saya mimpikan arwah abah lagi. Entah kali ini sudah kali ke berapa agaknya. Perkara yang akan saya lakukan ialah memeluk abah seerat-eratnya. Pelukan itu memaknakan erti rindu yang berkocak dalam kolam jiwa. Mama kata, saya antara anak yang selalu mimpi akan arwah abah sejak abah meninggal dunia. Saya serahkan kepada Allah tentang maksud mimpi-mimpi itu.

Namun jauh dalam lubuk hati, saya bersyukur kerana Allah masih mengizinkan saya bertemu dengan abah di dalam mimpi walaupun secara sedarnya perkara ini adalah mustahil. Perkara yang pasti, anak yang soleh dan solehah pasti akan berkumpul kembali di syurga sana. InsyaAllah ^^

Sudah menjadi kebiasaan, usai solat saya menghadiahkan al-Fatihah buat arwah sebagai tanda cinta dan rindu buatnya. Seringkali dalam doa yang dipanjatkan saya berdoa

 " Ya Allah, kau sampaikanlah salam cintaku dan salam sayangku buat arwah abah di sana. Kau ringankanlah azabnya di dalam kubur dan tempatkanlah dia dalam kalangan hambaMU yang beriman Ya Rob"

Hadiah terindah buat hari semalam adalah peluang bertemu dengan abah. Terima kasih Ya Allah.

 "... Saat mimpi bersatu, itulah waktu kita bertemu.."

-Teman sejati 

No comments:

Post a Comment