Search This Blog

Wednesday, 6 August 2014

" Khabarkan pada mereka "



Khabarkan pada awan, aku sangat suka melihat ketenangan paginya,


Khabarkan pada burung, aku riang mendengar siulan paginya- ibarat alunan lagu pagi yang pasti kau sedang memuji Illahi,


Khabarkan pada matahari, bahang panasmu melengkapkan hari yang dingin,


Khabarkan pada bulan, cahaya penuhmu malam tadi membuatkan aku tersenyum girang, -berharap agar aku bisa seindah kau bulan,


Khabarkan pada bintang, sinaran indahmu menginginkan aku memetikmu agar dapat ku simpan di kamarku,


Khabarkan pada rumput, walaupun aku mengagumi setiap ciptaan di atas sana, aku masih setia bersamamu.- tetap di atas tanah kerana itulah asal penciptaanku.





# rumput bemban


 Di akhirnya aku mahu menjadi sesetia rumput kepada tanah.

- Teman Sejati





No comments:

Post a Comment