Search This Blog

Sunday, 27 July 2014



Secebis bahagia dalam derita  dan cantik disebalik tirai kehidupan.

Apakah pasti bahagia sentiasa dalam genggaman ?
terkadang  hanya datang mengetuk jendela harapan,
lalu pergi tanpa meninggalkan pesanan,
sunyi,
sepi,
lalu mati,
pudar harapan,
kabur impian.

Bagaimana pula mahu aku tafsirkan kecantikan?
Umpama teratai putih,
kembangmu diapung air,
Namun belum pasti akarmu jejak ke bumi.

Di kala matahari terbit di ufuk,
puputan kuntuman bayu menyapa enak,
aku cuba menghuraikan maksud bahagia,
ada apa sebenarnya dengan bahagia?

Bahagia itu,
mengorbankan sesuatu walau diri terluka,
terbias pada cerminan wajah biar diri siksa,
itulah bahagia dalam derita.

Ku hadap  wajah ke dada langit kelam,
ditemani  bintang timur juga bulan terang malam,
aku mula merungkaikan erti kecantikan.

Cantik padaku tercermat pada luhur peribadi,
tersegak pada pembawaan diri,
berdiri kukuh atas landasan ikhlas,
dibenteng dengan binaan jujur,
disimpul dengan ikatan benar,
dipancar dengan nur iman.

Bahagia dan cantik,
selalu dikejar orang,
jarang sekali dihargai insan.

Marinah Mutalib,
14 Mac 2013,
12.35 malam,
Bangunan Nusaibah.






No comments:

Post a Comment