Assalamualaikum teman semua.
"29 Ramadhan yang kian pudar sinar. Perginya tidak menjanjikan kehadiran yang pasti."
Begitu juga saya yang sudah lama menyepi di sini. Kehadiran di sini dengan harapan yang baru. Mungkin Facebook dan Twitter bukan lagi medium perkongsian yang bebas. Ramai yang lebih suka menjadi hakim di wall kita sendiri. Argh, biarkan mereka tetap begitu. Saya mahu berkongsi dengan orang yang sudi sahaja. Jika tidak sudi maka tiada paksaan untuk membaca di sini :)
Dengan izin Allah blog ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin sebagai ruang untuk saya terus berkarya dan berkongsi kata-kata dengan kalian semua. Mungkin saya bukanlah sehebat pemidato terkenal, tidak setara dengan pemuisi tegar namun jiwa kecil ini dahagakan perkongsian. Harapnya akan wujud kebaikan di sebalik pengaktifan blog.
Jazakumullahu khairan kathir =)
Penakluk mimpi indah. Pemuisi kata tegar. Peneman yang setia. "Ku anyam diksi indah buat tatapan insan yang tahu menghargainya" "Biarkan aku berbicara sebegini kerana pantasnya aku hanyalah seorang aku" -Teman Sejati :)

No comments:
Post a Comment