Laju jariku mengira usia persahabatan kita ,
Sudah hampir 2 tahun rupanya,
Masihkah kau ingat salam yang aku hulurkan dahulu,
Suam dan hambar,
Namun kau tetap sambut dengan senyuman mesra.
Di perjumpaan pertama aku seakan keliru,
Siapa engkau dan siapa aku,
‘Ukhuwah’, ‘adik beradik’,’ kasih sayang’?
Inikah acuan kita?
Pedulikan semuanya,
Yang penting aku mahu bebas.
Tibalah satu ketika,
Saat aku rebah terjelepok ke bumi gersang,
Mengerti betapa kerasnya tanah tempat berpijak,
Mendasari betapa sejuknya hujan di luar,
Saat itulah baru aku syukuri nikmat berteduh di bawah teduhan.
Sekarang kita sudah sampai di lembah yang curam,
Di bawah sana sebatang sungai mengalir deras,
Antara dua pilihan,
Kau memilih untuk turun mencari air buat bekalan,
Namun aku masih kaku berdiri di sini,
Keliru memilih lagi,
Mahu terus haus atau teruskan perjalanan yang sukar.
Hadir pula seorang pemuda berhati tulus,
Menghadiahkan sepotong ayat bermakna,
Infiru,
At Taubah 41,
Kini aku sudah ada jawapannya,
Pasti lagi kukuh,
Yang pasti, tunggulah aku!!!
Marinah Mutalib,
22/12/13
Uiam Gombak.
No comments:
Post a Comment